Raja Ema
Raja Ema

Raja Ema

YM Raja Ema binti Raja Ibrahim (lahir 26 November 1968) atau lebih terkenal sebagai Raja Ema (juga sebagai Kekma) adalah seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal di Malaysia pada pertengahan 1980-an dan awal 1990-an. Lagu-lagu beliau cukup popular sekitar era 80an dan sering kali diputarkan di corong-corong radio, antara lagunya iaitu Jejaka Idaman, Pertemuan Ini, Kekasih Sepi, Angan-angan, Sebuah Catatan Remaja, Opps, Mentari Korea, Kebebasan dan Gelita Pandangan. Selain menyanyi, beliau juga merupakan seorang pelakon filem terkenal di era 80an duan awal 90an, antara filem lakonan beliau iaitu Sayang, Mawar Merah, Boss, Queen Control dan Cikgu Romantik. Selain berlakon dalam filem tempatan, beliau juga telah berlakon sebanyak 7 filem di Indonesia. Ibunya Yusni Jaafar juga merupakan seorang pelakon.

Raja Ema

Pekerjaan Penyanyi, pelakon & model
Ibu bapa Yusni Jaafar
Raja Ibrahim Bin Raja Ngah Mansur
Pasangan Sheqal (1993 - 1999)
Anak Putera Ammar
Putera Al Kashah
Tahun aktif 1985 - kini
Saudara Raja Iskandar
Raja Izat
Raja Ermi
Raja Erna
Erni Sulastri (sepupu)
Sukarni Jaafar (ibu saudara)
Kelahiran YM Raja Ema binti Raja Ibrahim
(1968-11-26) 26 November 1968 (umur 51)
Pahang, Malaysia